
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
1- PEGAWAI AKAUN
Skop kerja:
Mengendalikan pengurusan fungsi perakaunan dan kewangan mengikut peruntukan-peruntukan yang dalam standard perakaunan antarabangsa dan khusus mengikut sistem perakaunan KWSP.
Kelayakan :
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan / Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Status Jawatan : Tetap
Cara memohon :
- Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan bersama-sama dokumen seperti berikut :
- Resume
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil Kerakyatan Malaysia (jika berkenaan)
- Sijil-Sijil Akademik
- Sijil-Sijil Lain (jika ada)
- Slip Gaji Terkini
recruit.pka@gmail.com
Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
Sumber http://www.kwsp.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan