Kuala Lumpur: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
bakal mengurangkan beban tugas guru berikutan keputusan Kementerian
Pendidikan mengambil 10,000 tenaga kerja awam mulai tahun ini untuk
membantu pentadbiran sekolah.
Ini berikutan kajian terhadap 7,853 guru pada 2011 mendapati mereka bekerja antara 40 hingga 80 jam seminggu dengan purata 57 jam seminggu.
Ini berikutan kajian terhadap 7,853 guru pada 2011 mendapati mereka bekerja antara 40 hingga 80 jam seminggu dengan purata 57 jam seminggu.
Kajian Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun yang sama mendapati
purata jam guru bekerja mencecah 77 jam seminggu dengan purata waktu
bekerja 15 jam sehari.
Walaupun waktu bekerja lama, kadar masa untuk mengajar di
bilik darjah agak rendah, iaitu purata 2.4 hingga 2.9 jam sehari. Ia
adalah 40 peratus lebih rendah daripada purata masa yang sepatutnya
diperuntukkan di bilik darjah.
Tumpu tugas pentadbiran
Sehubungan itu, guru menghabiskan banyak waktu mengajar untuk melaksanakan tugas pentadbiran antara 15 peratus hingga 30 peratus.
Mengulas mengenainya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tidak mampu menambah kakitangan awam terbabit kerana ia membabitkan kos tinggi.

“Kalau hendak kata tidak cukup, memang tidak cukup (10,000). Kita
tidak boleh tambah sewenang-wenangnya kerana kos besar. Kita cuba
kurangkan beban, kalau hendak hapuskan beban, memang tidak boleh,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan