
Senarai kekosongan jawatan bukan akademik adalah seperti berikut :
1- Jurutera Mekanikel (J41)
2- Penolong Pegawai Farmasi (U29)
3- Pembantu Pembedahan Pergigian (U17)
4- Ahli Muzik B17
5- Penyelia Asrama (N17)
Panduan Permohonan
- Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini. Klik di sini http://myjobs.upsi.edu.my .
- Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
- Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.
- Untuk permohonan jawatan bukan akademik, pemohon tidak perlu menghantar sebarang cetakan CV, dokumen permohonan/sijil-sijil hardcopy/fotostat ke UPSI setelah memohon secara online, kecuali jika/setelah diminta berbuat sedemikian.
- Bagi permohonan jawatan akademik hendaklah mengambil tindakan berikut :
- Melampirkan salinan sijil akademik, transkrip dan skrol;
- Melampirkan salinan-salinan penerbitan ;
- Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
- Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
Sebarang pertanyaan sila
hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (Pn. Nur
Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina) / 6338 (Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul
Ashikin) atau e-mel
myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
Permohonan boleh dibuat dengan klik disini : Bahagian Sumber Manusia UPSI
Tarikh tutup permohonan : 21/10/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan